Pages

Sep 22, 2015

Antara Kau, Aku dan Cinta


Setiap pertemuan dalam perkenalan
Ada manisnya
Terlalu manis kita kecap pada awalnya
Tapi bila kita merasa sesuatu yang wujud antara kita
Kenapa kau berubah?
Sedangkan aku baru merasa sesuatu yang aneh antara kita
Aku cuba untuk meluahkan tapi tiada peluang yang sesuai untuk diluahkan
Tapi dalam masa itu kau menunggu aku untuk katakan sesuatu
Mungkin silap aku tak tahu itu peluang yang sepatut aku kecap
Tapi kau berubah sekelip mata
Kau lupa segala apa yang selama ini kita lakukan
Kau serba tak nampak apa yang aku lakukan
Susah senang bersama kau
Sentiasa ada bila kau jatuh
Tiada apa
Tapi bila kau dah memiliki sesuatu
Kau
Lenyap begitu sahaja
Seolah kau tiada langsung wujud dalam hidup aku
Tak sangka orang yang kau pilih tanpa buat apa pun senang berdampingi bersama kau
Tak perlu bersusah payah 
Mungkin aku tak seperti dia
Berupa cantik
Mungkin itu yang kau inginkan
Apa yang mampu aku lakukan lagi
Diam dan jauhkan diri dari kau untuk menjaga hati si dia
Yang takkan mungkin ingin aku berdamping dengan kau
Walaupun menjadi sekadar teman
Aku mendoakan kebahagian kau
Tidak mengapa mungkin ini nikmat yang Allah tarik 
dan ada hikmah disebalik semua ni


No comments: